Friday, April 3, 2009

saya QAEEYSH..meh sembang2.





Mlm ni dingin je..walopon aircond rosak..kipas ade..lgpun boleh kate sepanjang hari hujan je..xlah lebat sgt.. skg ni keadaan kt kuala teganu x berapa stabil kekadang hujan kekadang panas sgt..ms cuaca panas tulah yg betul2 mencabar iman..kalo dlu mesti dh mengeluh..tp skg alhamdulillah..sy bersyukur atas sgala nikmat yg ALLAH berikan..YA ALLAH ampunilah dosa2ku yg lalu..stp kali nk pg kampus ms cuaca panas ala2 kt padang pasir lak (hehehe) mesti teringat buku yg sy baca bulan lepas...buku yg membawa sejuta erti dlm hidup sy...tajuk die "Mahkamah di Padang Mahsyar" boleh dapatkan di pustaka UMT..bile baca bab timbangan dosa dan pahala mmg seram...terasa luruh jantung dgn kulit ni..bayangkan setiap detik..saat yg kita habiskan kt bumi ni akan dipertontonkan...matahari sejengkal kt ats kepala...semua ketakutan..tunggu giliran sampai ade yg x sggp tgk wayang sendiri lebih rela dimasukkan ke neraka terus..punya malu dgn ALLAH..ketika tu ada yg peluh sbb kepanasan, yg peluh dh jd kolam smp takat telinga pun ada...bygkn sahabat sekalian...ALLAH YANG MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA..akan menghakimi kita..kalau byk sgt buat jahat...memang akn jatuh ke neraka semasa melalui titian sirat..

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu bertaqwa kepada Allah dan bagusnya budipekerti." Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Beliau menjawab: "Iaitu kerana perbuatan mulut dan kemaluan." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

p/s: stp yg Allah turunkn pd kite pasti ada hikmah disebaliknya..jd moral pd hari ini...JAGE MULUT (xmo ngumpat, mengeluh,hindari percakapan yg x berfaedah), hindari perkara yg menghampiri zina, zina...dan segala jenis maksiat...InsyaAllah syurga idaman kita akn semakin dekat..penuhi IMAN dan TAQWA dalam diri..sama2 kite UPGRADEkn diri kita yg serba serbi kekurangan ini...

2 comments:

  1. moga2 hati kita terus terpelihara dan istiqamah di jalanNya yg satu..

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH..
    "Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
    ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
    jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa... ampunkan dosa2 kami, kedua
    ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

    ReplyDelete