Thursday, April 2, 2009

Artikel pertama: Sholat

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Sepohon kayu daunnya rimbun

Lebat bunganya serta buahnya

Walaupun hidup seribu tahun

Kalau tak sembahyang apa gunanya

Walaupun hidup seribu tahun

Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari

Untuk belanja rumah sendiri

Supaya Allah menjadi sayang

Kami berkerja hatilah riang

Supaya Allah menjadi sayang

Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang

Sunat pun ada bukan sebarang

Hidup di kubur yatim piatu

Tinggallah seorang dipukul dipalu

Hidup di kubur yatim piatu

Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari

Barulah ia sedarkan diri

Hidup di dunia tiada bererti

Akhirat di sana sangatlah rugi

Hidup di dunia tiada bererti

Akhirat di sana sangatlah rugi



Masih ingat judul lagu ni? Ala masa kite kecik2 slalu nyanyi kn..bagi sy liriknye sangat bererti kini (dulu jahil hehehe :p)..dulu kite slalu sambil lewa je..tp cube kite hayati betul2 ape yg cuba disampaikan? SHOLAT itu tiang agama.. baru2 ni sy ade bace buku yg bertajuk "mahkamah di padang mahsyar" buku yang betul memberi seribu erti buat diri sy pd tahun ini..dalam buku tu ade tulis, perkara pertama yg akn Khaliq kite tanye masa dibangkitkan selepas mati nnt adalah sholat! kalau sholat x sholat, amalan lain x dikira. terus dicampak ke neraka..wallahu'alam. jika sholat tp kurang sempurna, Allah akn minta malaikat cari amalan sunat kite yg lain untuk dikira buat tambah kasi cukup.. Ya Allah betapa Engkau Yg Maha Pemurah & Maha Pengampun.. tp kalo sholat kite sempurna maka barulah dikira amalan lain, zakat, puasa dan lain2. Nah! jelaskan yang sholat tu adalah tunjang kepada segala2nya. sebab tu bila kita sholat, tp x mencegah kite darimelakukan sesuatu yg mungkar, maka adela yg x kena dgn sholat kite tu..jd sama2lah kite berusaha mendirikan sholat yg sempurna.. disamping bacaan sholat yg betul, untuk khusyuk semasa bersholat kite perlu faham ape yg kite dok bace tu... meh kite blaja sesame:



Allah Maha Besar ( Takbiratulihram)


Doa Iftitah

Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,Ibadatku,Hidupku,MatikuAdalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidakMenyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai Hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,Kayakan daku,Angkatlah darjatku,Rezekikan daku,Berilah aku hidayah,Sihatkanlah daku DanMaafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah sertaKeberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa


Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .

No comments:

Post a Comment