Monday, April 6, 2009

saladin the animated series...

ASSALAMUALAIKUM wbt...

semlm ketika sdg melayari you tube sy tertarik untuk mencari kisah2 para nabi dan sahabat yang dianimasikan..animasi pertama yg mambuatkan sy tertarik adalah yg bertajuk "Saladin the animated series"...saladin??? siapa tu? saladin tu pgglan dalam bahasa org putih je..yg name sebenanye ialah SALAHUDDIN AL-AYYUBI... kenal x? ala yg kite blaja dalam sejarah masa tingkatan 4 kalo x silap sy. bolah kate saladin ni hero kesayangan orang islamlah...dengan sikap pejuangannye dan kepimpinan yg cekap..samp org kristian pun tunduk..jd bila kisah ni dianimasikan ia jd satu cerita yg menarik..alhamdulillah Malaysia Development Corporation (MDeC) telah berjaya menerbitkan episod animasi ini..namun tayangannya hanya akan dilancarkan secara sah pada lewat 2009. buat pengetahuan sahabat sekalian..animasi ini telah mendapat anugerah di TOKYO sebagai the best anime award pada 2007. sy gembira dgn tercetusnya idea mcm ni dpt menaikkan martabat islam secara tidak langsung.. jgn hanya cerita2 animasi barat yg melingkari minda anak2 kecil kita tp biarlah sejarah islam yg kuat kukuh menjadi pelajaran utama mereka.. tp bukan setakat budak2 je.. saye sendiri pon suke tengok katun ni ha.. :p syok oo..bile tengok..rase semangat sgt..naik betullah semangat jihad ni.. bagi sesiape yg berminat nk tgk episod 1 & 2 silalah layari ke you tube.. trailer cite ni pon ade.. karakter die pon "hemsem" hehehehe... (^_^) ...

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.




Saladin and friends...


Gambar Salahuddin al Ayyubi di dalam filem animasi tersebut.

p/s: bukan takat cite ni je ade..mcm2 lagilah cite yg ade pasal kisah para nabi dan sahabat tp kebanyakkannye dari indonesia..made in malaysia mmg kurang...hmmm...sy berharap agar kite dpt byk buat cite2 mcm ni agar semangat jihad..cintakan islam dpt dipupuk dr kecil..selain itu ini dpt menjadi salah satu jalan dakwah secara tak langsung..mane tau kaum2 lain yg tgk tertarik untuk mendalami islam kerana kebenaran agama ALLAH ini..

No comments:

Post a Comment