Tuesday, August 18, 2009

20.7.09-02.08.09

CIK SITI NURUL AIN DITAWARKAN MENJADI GURU BIOLOGI TING. 4 DAN 5 SELAMA TEMPOH TERSEBUT.
DISAMPING MENJADI GURU KELAS BAGI TING.3.
PARA PELAJAR AMAT MENGGEMARI LAB WORK ESP ABT DA FROG DISSECTION..
ALHAMDULILLAH..
SEMOGA MEREKA BERJAYA..


Monday, August 17, 2009

jalan lurus...



jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh

yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua

jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang keenam salat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua

Wednesday, June 17, 2009

tujuan hidup..

apa arah tuju hidup??
cuma mengira hari..
tapi sempat ke sampai ke masa tu?
adakah semua tu akn pulih macam sediakala?
kenapa harus kita pertaruhkan masa?
kita yang terhimpit..salah siapa?
kenapa kita cari arah tuju tu?
jiwa, hati dan perasaan dah semakin hilang...
semakin sakit..
semakin sesak..
sanggup lagikah ia bertahan?
kau harus bertahan...
bertahan..
tapi apa janjinya?
masihkah ada untukku?
keadaan yang semakin menghimpit...
menyeksa diri sendiri semua kerana...
dia..

Monday, April 20, 2009

merdeHEKA!!! YEP yep h0ooreiii...


Assalamualaikum wtb..alhamdulillah tak terkata..berjuta kesyukuran dipanjatkan kepada yg ESA..akhirnya penat lelah selama 3 tahun di universiti mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)..dan sebelumnya selama setahun di matrikulasi kedah..di bidang Sains Hayat..dan selama 11 tahun di alam persekolahan..kini tiba masa untuk saya meraikan kejayaan setelah berjaya menempuh semua ini..hidup takkan pernah sunyi dengan liku-liku, perit, pedih, tangis, duka...namun tetap perlu kita harungi..saya bersyukur Allah masih memberi saya peluang untuk berdiri sama tinggi dengan insan yang lain..bersama-sama bersaing menuju ke puncak..sedaya upaya memanjat untuk ke tahap lebih tinggi..banyak-banyak terima kasih saya tujukan kepada mak, abah dan adik2 tak lupa sahabat-sahabat..

Rancangan masa depan telah saya atur..kalau diizinkan Allah insyaAllah semuanya berjalan lancar..semoga pintu rezeki takkan pernah tertutup..tanggungjawab semakin berat, semakin bertambah..saya redha..sebagai anak sulung itulah kewajipan yang perlu dilunaskan. Takkan saya pernah jemu berdoa agar di permudahkan segala perjalanan hidup oleh Ar-Razzaq..

p/s: sejuta kemaafan ku mohon dari sahabat-sahabat sekalian..entah bila lagi kita dapat bertemu..insyaAllah kalau ade umur yang panjang mesti sy datang majlis anda semua..cuma tggu kad wangi korang je!! :P sy pasti mestiade yg dh plan nk membina masjid..murni sggh niat korg..eloklah dipercepatkan..semoga dosa2 kita yg lalu diampunkan..tp bg sy..perjalanan hidup msh pnjg..kahwin??? mgkin tidak buat ms terdekat ni..kerja!!! kumpul duit...tunaikan hasrat mak abah...lepaskan adik2 blaja...baru fikir untuk diri sendiri..hehehe..mgkin dh dkt 30-an mase tu kot..insyaAllah klu ade jodoh xkn kemana..semua telah tertulis..redhalah dgn ketentuanNYA..ape yg telah AL-HAKIM tentukan pasti ade hikmahnye telah DIA susun baik2 jln hidup kita..sy doakan kejayaan bg stp sahabat..semoga kalian..berjuang di jalan ALLAH..ditetapkn hati yg lurus..dijauhi perkara2 mungkar..amin ya rabbal a'lamin..

Wednesday, April 15, 2009

Doa Ketika Menghadapi Kecelakaan


kaffarah DOSA..

Assalamualaikum w.t.b..

Maaf sahabat-sahabat sekalian..agak lama saya x menulis kan..di terengganu musim xmenentu sekejap hujan sekejap panas sangat jadi mudahlah jatuh sakit, sambil tu exam final juga yang turut membuatkan saya sedikit sibuk..hmm..musim sakit ni..di asrama saya ramai yang kurang sihat termasuklah saya sendiri., tambah2 saya ni kurang darah jd selalulah lemah2 badan jd cepat sgt kene serangan..namun alhamdulillah xterucap syukur yang saya panjatkan kepada ALLAH TA'ALA...dengan menanggung sakit dapat menghapus dosa dosa kecil..masyaALLAH betapa ALLAH itu sayangkn kita..menolong kita tanpa kita sedar..namun kita janganlah mudah mengeluh..kita seharusnya sabar..dan menganggap setiap dugaan dan cabaran yang ALLAH beri pasti ada hikmahnya..

Allah Ta'aala berfirman: "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."
(QS. Ar-Ruum: 41).

Rasulullah –Shallallaahu 'Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah."
(HR. Bukhari).


Rasulullah –Shallallaahu 'Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "Tidaklah seorang muslim ditimpa rasa lelah, sakit, kegundahan, kesedihan, gangguan dan kesulitan, hingga duri yang mengenainya, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengannya."
(HR. Bukhari dan Muslim).

Musibah yang menimpa orang sholeh yang selalu berbuat kebaikan adalah merupakan cubaan baginya untuk meninggikan derajatnya dengan diuji kesabarannya. Musibah yang menimpa orang yang melakukan pelanggaran adalah peringatan baginya agar dia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, juga sebagai hukuman atas dosa-dosanya hingga ia terbebas dari hukuman di akhirat.


Jadi, musibah sebagai peringatan dan kaffarah (penebus dosa) sebenarnya adalah rahmat Allah untuk melindungi hambaNya dari sangsi di akhirat...sakit bukan alasan untuk kita tidak bekerja dan mengerjakan ibadah..masih ingat kisah nabi ayyub a.s?? kita seharusnya menginsafi diri kerane sakit mengingatkan kita kepada mati dan apabila ditimpa musibah sepatutnya iman kita lebih kukuh kepadaNYA..


Ya Allah Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau Penciptaku dan aku hambaMu yg tetap dalam kesetiaan dan janjiku sepanjang kemampuanku. Aku kembali kepada-Mu dgn keni’matan dan kembali kepada-Mu dgn dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada pengampun dosa-dosa kecuali Engkau.

p/s: tgh sebuk apply keje dkt jabatan kerajaan dan swasta..maklumlah sebagai anak sulung walaupun perempuan tapi tanggungjawab sangatlah berat..terpaksa besaing dgn manusia2 yg "berkabel" dan juga dalam keadaan ekonomi global yg x menentu ni kita x boleh terlalu memilih..sebaliknya kita perlu menjadi kreatif dan serba boleh..disamping memohon kepadaNYA agar dipermudahkan segala perjalanan hidup dan dimurahkan rezeki..insyaALLAH..
diharap sahabat sahabat mendoakan kejayaan saya..sama2 kita menuju kejayaan kerana ALLAH..


Wednesday, April 8, 2009

lelaki paling "HEMSEM"

Agak2 sape laki2 paling hemsem kat dunia ni? cobelah listkan!!
-brad pitt
-tom cruise
-boyfriend korang (sesape g cecinte monyet tu..sahla xjadi kawen..buang masa je..buat bebal otak..sesape yg serius cepat2 kawenlah ye..jd suami isteri soleh/ah boleh msk syurga sesame..hemsem laki korang time tu..korg pon bidadari terlawalah..hmm besh!)
-mat rempit (out!!)
-laki yg blakon twilight tu (ala x ingat sape name dielah :?)
-hero supernatural tu (ntah name die x igt gak hahaha :P )
-hero filem, cite, penyanyi melayu??? (kahkahkah...)

hahahahahaha....semua itu dusta!!!! korang sah sah tertipu hidup2...xpun sebab x blaja sirah la ni mase sekola2 dulu!!! (ooppsss.. jgn mare..

laki yg kt atas tu kaloo pon hemsem korang kate, tp perangainye 100% ok ke? sahsiah? akhlak? akidah? kebaranian menegakkan islam? khalifah bumi yg betul2 bertggjwb ke?

nak tau x..ade sorang je laki kat bumi ni yg begitu sempurna..sgt sempurna..bagi setiap wanita, gadis..pasti akn jatuh cinta kerana peribadinya yg begitu mulia...sifat dan sikap yg gentleman..fuhh..mmg xkn ade lagi penggantinya..

meh BACA ni!!!!!!!

Nabi Muhammad SAW meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia lain.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang.

Begitulah dengan Nabi Muhammad SAW. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini.

Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja.
Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan
tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda SAW:-

a.. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

b.. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

c.. Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

d.. Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

e.. Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

f.. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

g.. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

h.. Wajahnya seperti bulan purnama

i.. Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

j.. Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

k.. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

l..
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

m.. Mulut baginda sederhana luas dan cantik

n.. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

o.. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

p.. Janggutnya penuh dan tebal menawan

q.. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik eperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

r.. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

s.. Rambutnya sedikit ikal

t.. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

u.. Rambutnya terbelah di tengah

v.. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

w.. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

x.. Seimbang antara kedua bahunya

y.. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

z.. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan
Rasulullah saw.

aa.. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

ab.. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

ac.. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

ad.. Warna kulitnya putih tapi sehat

ae.. Kulitnya putih lagi bercahaya

af.. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

ag.. Badannya tidak gemuk

ah.. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

ai.. Perutnya tidak buncit

aj.. Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

ak.. Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.



p/s: Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda SAW.,makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kalaulah ada media massa menonjol atau mengagung-agungkan seseorang artis atau bintang filem yang kacak, cantik, hebat, kuat dan berani sama ada di sebelah barat atau timur, percayalah itu satu kekarutan yang direka-reka untuk mengabui mata masyarakat dunia bahawa di sana ada ketokohan yang lebih hebat dan tokoh itu tidak lain daripada Nabi Muhammad SAW.
Manusia agung inilah yang mesti diikut dan dicontohi sepanjang zaman.

-saya dah jatuh cinta dgn nabi kt..NABI MUHAMMAD S.A.W ...


Monday, April 6, 2009

saladin the animated series...

ASSALAMUALAIKUM wbt...

semlm ketika sdg melayari you tube sy tertarik untuk mencari kisah2 para nabi dan sahabat yang dianimasikan..animasi pertama yg mambuatkan sy tertarik adalah yg bertajuk "Saladin the animated series"...saladin??? siapa tu? saladin tu pgglan dalam bahasa org putih je..yg name sebenanye ialah SALAHUDDIN AL-AYYUBI... kenal x? ala yg kite blaja dalam sejarah masa tingkatan 4 kalo x silap sy. bolah kate saladin ni hero kesayangan orang islamlah...dengan sikap pejuangannye dan kepimpinan yg cekap..samp org kristian pun tunduk..jd bila kisah ni dianimasikan ia jd satu cerita yg menarik..alhamdulillah Malaysia Development Corporation (MDeC) telah berjaya menerbitkan episod animasi ini..namun tayangannya hanya akan dilancarkan secara sah pada lewat 2009. buat pengetahuan sahabat sekalian..animasi ini telah mendapat anugerah di TOKYO sebagai the best anime award pada 2007. sy gembira dgn tercetusnya idea mcm ni dpt menaikkan martabat islam secara tidak langsung.. jgn hanya cerita2 animasi barat yg melingkari minda anak2 kecil kita tp biarlah sejarah islam yg kuat kukuh menjadi pelajaran utama mereka.. tp bukan setakat budak2 je.. saye sendiri pon suke tengok katun ni ha.. :p syok oo..bile tengok..rase semangat sgt..naik betullah semangat jihad ni.. bagi sesiape yg berminat nk tgk episod 1 & 2 silalah layari ke you tube.. trailer cite ni pon ade.. karakter die pon "hemsem" hehehehe... (^_^) ...

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.




Saladin and friends...


Gambar Salahuddin al Ayyubi di dalam filem animasi tersebut.

p/s: bukan takat cite ni je ade..mcm2 lagilah cite yg ade pasal kisah para nabi dan sahabat tp kebanyakkannye dari indonesia..made in malaysia mmg kurang...hmmm...sy berharap agar kite dpt byk buat cite2 mcm ni agar semangat jihad..cintakan islam dpt dipupuk dr kecil..selain itu ini dpt menjadi salah satu jalan dakwah secara tak langsung..mane tau kaum2 lain yg tgk tertarik untuk mendalami islam kerana kebenaran agama ALLAH ini..

KETAWA!!! salahke?

KAH KAH KAH...HAAAAHAHHHAAHAHAA...

Aduss...bingit telinga kekadang bile dengar org ketawa bahak camni..seram pun ade bile tang bunyi yg seolah menyeringai tu..kalah la pontianak! hmm..org putih kate "laughter is the best medicine" tapi dalam islam ade cara2 kalo nk ketawa pon...kesopanannye pon ade diajar dalam islam..islam kan lengkap sume die ajar kite.. kalo laki yang gelak camtu rase cam x heran walopon sebenanye x elok jugak (can org jahat je :p )..tp slalu yg sy dengar ni dr kalangan prmpuan..ish ish.. kadang2 bende x lawak pon gelak macam nk pecah perut...kan x sopan tu..hmm..penah x dengar mak korang tegur bile kita seronok sgt dn ketawa kuat2.."jgn seronok sgt kang malam menangis, tido kang ngigau"..mesti ade hikmah nape mak kite cakap camtu kan?? Ape kate kita hayati nasihat kat bawah ni:

Menjelang perpisahannya dengan Nabi Musa as, Nabi Khidir as, memberi nasihat, "Hai Musa, janganlah terlalu banyak bicara, dan jangan pergi tanpa perlu, dan jangan banyak tertawa, juga jangan mentertawakan orang yang berbuat salah, dan tangisilah dosa-dosa yang telah kamu perbuat, hai putra Ali 'Imran." (Tanbighul Ghafilin: 192-193).

-Ertinye siapa saja boleh tertawa selagi ingin. Dengan tertawa menunjukkan, bahwa seseorang sedang dalam keadaan senang. Bahkan tertawa bisa menjadi ilham bagi seorang penulis untuk membuat sebuah buku. Akan tetapi, tertawa dalam pengertian mengeluarkan suara meledak-ledak oleh sebab rasa suka, geli apalagi mengandung unsur menghina seseorang, ini akan lain ceritanya. Tertawa dengan cara seperti itu yang disuruh dihindari oleh Nabi Khidir as.

Allah swt berfirman, "Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan." (QS. At-Taubah:82).

Rasullullah saw bersabda, "Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kamu akan sedikit tertawa, ...." (HR.Abu Dzar ra) .
Rasulullah saw tidak pernah tertawa, kecuali hanya tersenyum, tidak menoleh kecuali dengan wajah penuh (maksudnya: tidak melirik). (Ja'far Auf, Mas'ud dari Auf Abdillah)

-Berdasarkan hadits di atas, sebagian ulama berpendapat bahwa tersenyum itu hukumnya sunah, sedang tertawa terbahak-bahak dihukumi makruh. Maka bagi mereka yang tetap ingin sehat akalnya, seyogyanya menjauhi tertawa dengan cara demikian (terbahak-bahak atau meledak-ledak), kata Al-Faqih Abu Laits Samarqandi. Dengan kata lain, orang yang tidak bisa mengendalikan diri dan gemar tertawa-tawa, akan membuat fungsi akalnya terganggu, lengah dan lupa diri, yang berarti membuka pintu bagi syaitan untuk masuknya godaan.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.


p/s: muhasabah diri adalah jalan yang terbaik untuk tak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan dunia sehingga alpa pada kehidupan yang kekal abadi yang harus kita kejar..orang lain sebuk berlumba lumba mencari keredhaan ALLAH..adakah kita juga di dalam golongan itu?

-Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.




Sunday, April 5, 2009

bersaing utk??? --> SYURGA

Assalamualaikum..w.b.t...

Malam td agak lewat sy tidur..khusyuk melayari internet..di laman web you tube.. SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.. sy kagum dgn KEBESARANNYA..

Mlm td baru sy tahu kenapa CATS STEVEN, MICHAEL JACKSON & JERMAINE JACKSON masuk islam..dan mereka bersungguh menaikkan islam, membela islam sedaya upaya mereka..

Dan kenapa Cat Steven berpindah kepada Islam? Inilah hal yang menarik. karena disaat dia dekat dengan kematiannya ia mendapat pertolongan tuhan. Diceritakan bahwa ketika dia sedang berlibur di malibu (1975), dia terseret ombak ketika berenang di pantai. Dan dalam keadaan yang timbul-tenggelam itu, ia berkata “Oh God! If you save me, I’ll work for you”, dan secara perlahan-lahan ombak itu mengantarnya kembali ke pantai. Dan akhirnya dia mulai mencari tuhan, sampai suatu saat saudara kandung dia memberikan terjemahan dari AlQuran kepada dia. Dan dari situlah ia menyadari akan keindahan Islam. Dan Alhamdulillah ia mulai memeluk Islam pada tahun 1977, dan menukar namanya menjadi Yusuf Islam pada tahun 1978.

Kenapa memilih nama Yusuf? seperti pernyataan dia dalam, ia sangat menyukai kisah Nabi Yusuf dalam AlQuran (Joseph dalam versi Inggrisnya), sehingga ia memilih nama tersebut. kini yusuf sibuk berdakwah dan membuat kebajikan..x salah sy dia ade memberi sumbangan untuk membina sekolah utk masyarakat islam di negaranya.

Manakala MICHAEL atau nama barunya MIKAEEL (kerana tertarik gdn nama malaikat, mikail) masuk islam selepas mendapat ketenangan dalam ISLAM. Terus mengerjakan umrah dan membuat kebajikan dengan menyumbang wang untuk membina masjid.

Kenapa orang yang terlahir dengan latar belakang bukan Islam dan ketika menjadi Islam dapat begitu mencintainya, mempelajari Alquran, membaca terjemahannya, dan mengaplikasakannya? Kenapa kita yang memang terlahir dari kalangan Islam tidak melakukan itu?

Mari, mulai sekarang kita mendekatkan diri kepada Allah swt. Karena sesungguhnya pertolongan dan perlindungan hanyalah dari-Nya.

p/s: -x jeles ke tgk diorg buat kebaikan ke jalan ALLAH lebih dari kita yg dh menjadi islam sejak lahir lagi?

-x jeles ke tgk diorg lebih "warak" dari kita?

-x jeles ke silap2 ALLAH lebih syg diorg dr kita? dulu kite dok kutuk diorg..

-KESIMPULANNYE: mari kita sama2 menginsafi perbuatan lalu..biar semlm tinggal noktah, hari ni kita buka buku baru..syiokk oo dok kt syurga.. x caye?? dengo ni! (insyaALLAH kita pon jadi lagi hebat dari diorang)

Surah Ali Imran ayat 133:
Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.


Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah daripada perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah daripada emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).


Ciri ciri Ahli Syurga:
1. Khusyuk dalam solat
2. Menjauhi perkara-perkara mungkar
3. Kuat bekerja hingga orang lain dapat manfaat seperti zakat dan sedekah.
4. Menjaga maruah diri dan keluarga
5. Memegang Amanah
6. Menepati janji
7. Solat di awal waktu.

p/s: kalo 7/7 insyaALLAH cerah masa depan.. mari sama2 kita mengejar SYURGA disamping x meninggalkan amanah di muka bumi ini..SEIMBANGKAN kedua2nya.. Boleh jadi INSAN CONTOH skali..xkan ruginyer.. (^_^)


Firman Allah: Sesungguhnya barangsiapa yang akan kembali pada Allah, dalam keadaan melanggar hukum, maka untuknya neraka jahanam, iaitu mati pun tidak, hidup pun tidak (sungguh menakutkan azab neraka, terus menerus di azab). Dan barangsiapa yang kembali pada Tuhannya, dalam keadaan beriman, dan ia telah melaksanakan amal-amal soleh, maka orang-orang ini, untuk mereka darjat dan martabat yang tinggi dan mulia disisi Allah. Iaitu syurga-syurga yang mengalir sungai, dan kekal mereka didalamnya, dan itulah balasan bagi mereka yang mensucikan diri.

sEmangAT yAnG kEKAL...




p/s: khas buat sahabat sahabat Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) Batch 2006/2009 yg akan menghadapi final exam pd 10,16 & 19/04/09 ...(lagi lagi THESIS-final submission bef 20th May 09)
-lambat lagilah nampak gayenye nk balik kg halaman..
-mak kt umah dok nangis2 rindu kt anak yg jauh ni ha.. :( huhuhuhuhu
-akan berakhir juga penantian selama ni insyaALLAH sebelum melangkah ke alam lebih mencabar..alam kerjaya..rumah tangga (insyaALLAH..kalau ade jodoh & rezeki nk cpt2 mak nk cucu..hehehe :p)..nk lahirkan generasi yg berkualiti bkn kuantiti..yg berjuang ke arah KEBENARAN...(cewahhh besarnye cita2 sy ni...hehehe..plannin' musti ade betui x??)

sabar..Hmmm..SuSAHnyer..

Kite ni bile 10 SEN je mulelah marah marah mengeluh..pehtu kalo sesape yang lagi ROCK tu asyik ckp yang tak sepatutnye banyak tuttt%@#&* dalam percakapan..tande 10 SEN la tuh...hmmm..saya bru je SIAPKAN draft THESIS yg bertajuk "RESPONSES OF GUT-ASSOCIATED LYMPHOID TISSUES (GALT) AND GUT-IgA IN GOATS VACCINATED ORALLY WITH Pasteurella multocida B:2" (sedih lak tetibe teringat kambing2 yg dh mati tu..semate2 bt research sy..BOY, KID, PUTIH..yg sy syg..sume dh tggl kenangan) semlm xsmpt tido pon, (alhamdulillah dh siap jgk dh selamat hantar dh pun) duduk kt meja rase nk patah je pinggang..mmg rase 10 SEN..bahagian discussion yg plg KILLER..time bace JOURNAL fuhh..malas je rasenye..hmm itulah manusia..SEBENARNYE cabaran dn dugaan ni lah yg menjadikan hidup ni berseri2 nasi kalo xde perencah x sedap kn! cuma pandai2lah kita optimumkan garam, gula dan ajinamotonye..kalo terlebih sikit bawa sakit tp kalo kurang x sedap pulak...samelah jugak dgn hidup ni..kalo ujian yg kita tempuh tu kita dapat handle (masalah kecil jgn dibesar2kan ), tenang hadapi masalah..insyaALLAH dipermudahkan stp pekerjaan kite tu..tapi kalo masalah KECIK pon kite belum selesaikan dh sakit2 kepala..hmm cmne nk selesaikan???


JADI...untuk bertenang semasa berdepan dgn pekerjaan atau masalah SIKAP APA yg perlu ada dlm diri kita???


“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” (QS Al-Baqarah: 155 - 156)

Erti sabar menurut bahasa ialah ‘mencegah’ dan ‘menahan’, sedangkan lawannya ialah ‘keluh kesah’ dan ‘gelisah’. Sabar merupakan pegangan seorang mukmin dalam gerak langkahnya. Sabar yang terpuji dalam Al-Qur’an ialah karena Allah dan bukan untuk memperoleh pujian atau tanda jasa dari manusia. “Dan untuk Rabbmu hendaklah kamu bersabar” (QS Al Muddatsir: 7)



Sesungguhnya Allah menjadikan dunia bukan sebagai tempat pembalasan
( pahala atau siksa), bukan pula sebagai tempat memutuskan sesuatu perkara,
akan tetapi Allah menjadikan dunia sebagai tempat untuk membersihkan diri,
tempat ujian dan cobaan. Peralihan dari satu waktu ke waktu adalah
merupakan rangkaian cobaan hidup yang sambung menyambung.
Lepas dari satu cobaan, muncul lagi cobaan hidup yang lain.
Adanya cobaan bagi ahli iman mengandung tujuan dan
hikmah yang banyak
.

Setelah kita dh puas berUSAHA mnyelesaikan sesuatu pekerjaan atau masalah barulah kita berserah diri pada-NYA..

“Mengapa kami tidak akan bertawakal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami dan kami sungguh - sungguh akan bersabar terhadap gangguuan - gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang - orang yang bertawakal itu berserah diri” (QS.Ibrahim: 12)*

p/s: sumenya atas pengalaman dan pemerhatian, sy sendiri byk kelemahan..sama2 kita majukan diri ke jalan-NYA