
DISAMPING MENJADI GURU KELAS BAGI TING.3.
PARA PELAJAR AMAT MENGGEMARI LAB WORK ESP ABT DA FROG DISSECTION..
ALHAMDULILLAH..
SEMOGA MEREKA BERJAYA..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua
jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang keenam salat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua
Allah Ta'aala berfirman: "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."
(QS. Ar-Ruum: 41).
Rasulullah –Shallallaahu '
(HR. Bukhari).
Rasulullah –Shallallaahu '
(HR. Bukhari dan Muslim).
Musibah yang menimpa orang sholeh yang selalu berbuat kebaikan adalah merupakan cubaan baginya untuk meninggikan derajatnya dengan diuji kesabarannya. Musibah yang menimpa orang yang melakukan pelanggaran adalah peringatan baginya agar dia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, juga sebagai hukuman atas dosa-dosanya hingga ia terbebas dari hukuman di akhirat.
Jadi, musibah sebagai peringatan dan kaffarah (penebus dosa) sebenarnya adalah rahmat Allah untuk melindungi hambaNya dari sangsi di akhirat...sakit bukan alasan untuk kita tidak bekerja dan mengerjakan ibadah..masih ingat kisah nabi ayyub a.s?? kita seharusnya menginsafi diri kerane sakit mengingatkan kita kepada mati dan apabila ditimpa musibah sepatutnya iman kita lebih kukuh kepadaNYA..
Nabi Muhammad SAW meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia lain.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang.
Begitulah dengan Nabi Muhammad SAW. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini.
Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja.
Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan
tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
a.. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
b.. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
c.. Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
d.. Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
e.. Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
f.. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
g.. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
h.. Wajahnya seperti bulan purnama
i.. Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
j.. Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
k.. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
l.. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
m.. Mulut baginda sederhana luas dan cantik
n.. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
o.. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
p.. Janggutnya penuh dan tebal menawan
q.. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik eperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
r.. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
s.. Rambutnya sedikit ikal
t.. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
u.. Rambutnya terbelah di tengah
v.. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
w.. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
x.. Seimbang antara kedua bahunya
y.. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
z.. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan
Rasulullah saw.
aa.. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
ab.. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
ac.. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
ad.. Warna kulitnya putih tapi sehat
ae.. Kulitnya putih lagi bercahaya
af.. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
ag.. Badannya tidak gemuk
ah.. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
ai.. Perutnya tidak buncit
aj.. Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
ak.. Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
p/s: Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda SAW.,makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kalaulah ada media massa menonjol atau mengagung-agungkan seseorang artis atau bintang filem yang kacak, cantik, hebat, kuat dan berani sama ada di sebelah barat atau timur, percayalah itu satu kekarutan yang direka-reka untuk mengabui mata masyarakat dunia bahawa di sana ada ketokohan yang lebih hebat dan tokoh itu tidak lain daripada Nabi Muhammad SAW.
Manusia agung inilah yang mesti diikut dan dicontohi sepanjang zaman.
-Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.
Assalamualaikum..w.b.t...
Malam td agak lewat sy tidur..khusyuk melayari internet..di laman web you tube.. SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.. sy kagum dgn KEBESARANNYA..
Mlm td baru sy tahu kenapa CATS STEVEN, MICHAEL JACKSON & JERMAINE JACKSON masuk islam..dan mereka bersungguh menaikkan islam, membela islam sedaya upaya mereka..
Dan kenapa Cat Steven berpindah kepada Islam? Inilah hal yang menarik. karena disaat dia dekat dengan kematiannya ia mendapat pertolongan tuhan. Diceritakan bahwa ketika dia sedang berlibur di
Kenapa memilih nama Yusuf? seperti pernyataan dia dalam, ia sangat menyukai kisah Nabi Yusuf dalam AlQuran (Joseph dalam versi Inggrisnya), sehingga ia memilih nama tersebut. kini yusuf sibuk berdakwah dan membuat kebajikan..x salah sy dia ade memberi sumbangan untuk membina sekolah utk masyarakat islam di negaranya.
Manakala MICHAEL atau nama barunya MIKAEEL (kerana tertarik gdn nama malaikat, mikail) masuk islam selepas mendapat ketenangan dalam ISLAM. Terus mengerjakan umrah dan membuat kebajikan dengan menyumbang wang untuk membina masjid.
Kenapa orang yang terlahir dengan latar belakang bukan Islam dan ketika menjadi Islam dapat begitu mencintainya, mempelajari Alquran, membaca terjemahannya, dan mengaplikasakannya? Kenapa kita yang memang terlahir dari kalangan Islam tidak melakukan itu?
Mari, mulai sekarang kita mendekatkan diri kepada Allah swt. Karena sesungguhnya pertolongan dan perlindungan hanyalah dari-Nya.
p/s: -x jeles ke tgk diorg buat kebaikan ke jalan ALLAH lebih dari kita yg dh menjadi islam sejak lahir lagi?
-x jeles ke tgk diorg lebih "warak" dari kita?
-x jeles ke silap2 ALLAH lebih syg diorg dr kita? dulu kite dok kutuk diorg..
-KESIMPULANNYE: mari kita sama2 menginsafi perbuatan lalu..biar semlm tinggal noktah, hari ni kita buka buku baru..syiokk oo dok kt syurga.. x caye?? dengo ni! (insyaALLAH kita pon jadi lagi hebat dari diorang)
Surah Ali Imran ayat 133:
Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah daripada perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah daripada emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).
Ciri ciri Ahli Syurga:
1. Khusyuk dalam solat
2. Menjauhi perkara-perkara mungkar
3. Kuat bekerja hingga orang lain dapat manfaat seperti zakat dan sedekah.
4. Menjaga maruah diri dan keluarga
5. Memegang Amanah
6. Menepati janji
7. Solat di awal waktu.
p/s: kalo 7/7 insyaALLAH cerah masa depan.. mari sama2 kita mengejar SYURGA disamping x meninggalkan amanah di muka bumi ini..SEIMBANGKAN kedua2nya.. Boleh jadi INSAN CONTOH skali..xkan ruginyer.. (^_^)
Firman Allah: Sesungguhnya barangsiapa yang akan kembali pada Allah, dalam keadaan melanggar hukum, maka untuknya neraka jahanam, iaitu mati pun tidak, hidup pun tidak (sungguh menakutkan azab neraka, terus menerus di azab). Dan barangsiapa yang kembali pada Tuhannya, dalam keadaan beriman, dan ia telah melaksanakan amal-amal soleh, maka orang-orang ini, untuk mereka darjat dan martabat yang tinggi dan mulia disisi Allah. Iaitu syurga-syurga yang mengalir sungai, dan kekal mereka didalamnya, dan itulah balasan bagi mereka yang mensucikan diri.
Kite ni bile 10 SEN je mulelah marah marah mengeluh..pehtu kalo sesape yang lagi ROCK tu asyik ckp yang tak sepatutnye banyak tuttt%@#&* dalam percakapan..tande 10 SEN la tuh...hmmm..saya bru je SIAPKAN draft THESIS yg bertajuk "RESPONSES OF GUT-ASSOCIATED LYMPHOID TISSUES (GALT) AND GUT-IgA IN GOATS VACCINATED ORALLY WITH Pasteurella multocida B:2" (sedih lak tetibe teringat kambing2 yg dh mati tu..semate2 bt research sy..BOY, KID, PUTIH..yg sy syg..sume dh tggl kenangan) semlm xsmpt tido pon, (alhamdulillah dh siap jgk dh selamat hantar dh pun) duduk kt meja rase nk patah je pinggang..mmg rase 10 SEN..bahagian discussion yg plg KILLER..time bace JOURNAL fuhh..malas je rasenye..hmm itulah manusia..SEBENARNYE cabaran dn dugaan ni lah yg menjadikan hidup ni berseri2 nasi kalo xde perencah x sedap kn! cuma pandai2lah kita optimumkan garam, gula dan ajinamotonye..kalo terlebih sikit bawa sakit tp kalo kurang x sedap pulak...samelah jugak dgn hidup ni..kalo ujian yg kita tempuh tu kita dapat handle (masalah kecil jgn dibesar2kan ), tenang hadapi masalah..insyaALLAH dipermudahkan stp pekerjaan kite tu..tapi kalo masalah KECIK pon kite belum selesaikan dh sakit2 kepala..hmm cmne nk selesaikan???
JADI...untuk bertenang semasa berdepan dgn pekerjaan atau masalah SIKAP APA yg perlu ada dlm diri kita???
Erti sabar menurut bahasa ialah ‘mencegah’ dan ‘menahan’, sedangkan lawannya ialah ‘keluh kesah’ dan ‘gelisah’. Sabar merupakan pegangan seorang mukmin dalam gerak langkahnya. Sabar yang terpuji dalam Al-Qur’an ialah karena Allah dan bukan untuk memperoleh pujian atau tanda jasa dari manusia. “Dan untuk Rabbmu hendaklah kamu bersabar” (QS Al Muddatsir: 7)
Zulaikha di gambarkan seorang wanita yg tertarik dgn kecantikan Nabi Yusuf,sejak kecil yusuf dipelihara oleh zulaika sebagai anak angkat.Dia diberi didikan dengan penuh kasih saying dan hidup dlm keadaan mewah dan senang.Nabi Yusuf meningkat dewasa dan membesar sebagai jejaka yang tegap,tampan dan akhlaknya yg mulia telah menukar kasih sayangnya menjadi cinta seorang wanita kpd seorang lelaki..keinginannya semakin kuat utk selalu sentiasa berada disamping Yusuf.Zulaika
Zulaika tak sanggup menunggu lebih lama lagi.Dia menyimpan pelbagai khayalan dan cita2 curangnya.mayb itu sudah menjadi tabiat semulajadi wanita ketika mengidamkan sesuatu yg bernama hawa nafsu dan kali ini dia nekad utk merealisasikan segala khayalannya itu..setelah mnghias dirinya secantik mungkin dan memakai wangi-wangian,zulaika meminta pelayannya utk panggil Nabi yusuf menghadapnya.Zulaika pasti suaminya tak kan pulang malam itu,Nabi Yusuf pulak hairan mengapa dia dipanggil mlm2 begitu, tentu adahal yg mustahak sangkanya dlm hati.Dia pun mengetuk pintu zulaika, zulaika yg mmg sudah lama menanti kehadirannya terus saja mempelawa dia masuk dn menutup pintu kembali. Nabi Yusuf masuk dan dia agak terkejut dengan keadaan zulaika yg berpakaian nipis menggoda dan bilik yg harum semerbak, Nabi Yusuf teerasa bagaikan memasuki bilik pengantin.Perasaannya half terperanjat dan half lagi takut.Zulaika cuba mendekati Nabi yusuf setapak dia mendekatinya setapak nabi Yusuf Kebelakang “jangan kau cuba menjauhi diriku, aku hampir binasa krn rindu pada mu” Nabi Yusuf diam tanpa jawapan. “aduhai yusuf betapa indahnya rambut mu….” Zulaika
“inilah Sesuatu yg pertama kali akan berhamburan dari tubuh ku bila aku mati nanti” jawab Yusuf Tegas
“Yusuf batapa indahnya kedua mata mu” pujuk zulaika lagi
“kedua ini adlah benda yg pasti akan terlepas drpd ku dan akan mengalir dimuka bumi ini” Jawab Nabi Yusuf
Zulaika berkata lagi dan menghmpirinya lagi,tangannya menyentuh wajah Nabi Yusuf “betapa tampanya wajah mu yusuf dan bibir mu yg indah buat hatiku gelisah”
“tanah kelak akan melumatkanya” jawab Yusuf selamba
“telah terbuka tubuhku kerana ketampanan mu wahai yusuf dan segalanya milik mu” kata zulaika manja sambil memeluk Nabi yusuf erat
“syaitan menolong mu utk berbuat hal itu” kata nabi yusuf,sambil menolak zulaika ketepi,wajahnya pucat dan tubuhnya menggeletar ketakutan
“yusuf! Bagaimana pun aku harus mendapatkan apa yg selama ini ku dambakan dan kini engkau dtg kerananya” Yusuf menjawab “kemanakah aku akan lari dari murka Allah jika aku menderhakaiNya”
Walaupun dipujuk rayu yusuf tetap mempertahankan maruahnya.Zulaika tak berputus asa dia tetap juga ingin memeluk Nabi yusuf.Nabi yusuf melarikan dirinya ke pintu.Zulaika yg hilang pertimbangan mengejar Nabi Yusuf dari belakang dan tanganya sempat menarik baju Yusuf sehingga terkoyak.
Ketika itu muncul Al-Aziz dan saudara sepupunya di ambang pintu.
Dengan serta merta Zulaika berkata:
“Apakah hukuman bagi org yg berbuat serong terhadap isteri mu selain dipenjarakan dan diseksa dgn seksaan yg pedih?’’ sengaja zulaika berkata begitu supaya menunjukkan nabi Yusuf yg bersalah.
Al-Aziz sgt marah tapi tak tergamak mengatakan Nabi Yusuf yg bersalah.Dia tahu nabi yusuf pemuda yg taat,patuh dan baik.
Nabi yusuf hanya mendiamkan diri bila dirinya difitnah.Diserahkan segalanya kpd Allah utk menghukum siapa yg benar dan salah diantara mereka.Dengan takdir Allah bayi yg masih menyusu,anak kpd sepupu zulaika tiba2 berkata:
“jika bajunya koyak dibahagian hadapan, wanita itulah yg benar dan Yusuf termasuk org yg dusta.dan jika bajunya koyak dibahagian belakang maka perempuan itulah yg dusta dan yusuf termasuk org2 yg benar”
Inilah diantara tujuh org bayi ajaib yg Allah izinkan boleh bercakap.
Al-Aziz segara memeriksa,di dapati baju Yusuf koyak dibahagian belakang.bersihlah Nabi Yusuh dari segala tuduhan.manakala Al-Aziz meminta Nabi Yusuf merahsiakan perkara tersebut
Setelah Nabi Yusuf pergi, Al-Aziz berkata: “sesungguhnya inilah tipu muslihat mu,yg dasyat mohon ampunlah atas dosa mu itu, krn sesungguhnya kamu trmasuk org2 yg berbuat mungkar dan dosa”
Zulaika x dpt menahan kemarahannya, hatinya masih sakit krn Nabi Yusuf tdk mau melayannya. “celaka kamu wahai yusuf” katanya didalam hati “Aku tdk akan melepaskan mu, Aku akan mencari jalan utk memperdayakan mu hingga engkau memenuhi kehendak ku.”
Al-Aziz kedudukannya sebagai suami mula tercabar.apalah maknanya klu jawatan perdana memteri di sandang tetapi isterinya berlaku curang.Dia tahu isterinya masih menyimpan perasaan terhadap Yusuf
Urusan Negara terpaksa dikurangkan,dicuba memujuk dan member peerhatian kpd zulaika.Tetapi zulaika tetap menunjukkan kebenciannya.Al-Aziz akui dia tak dpt memenuhi kehendak zulaika, dia tak mampu melayannya inikan pula memberikan zuriat..Usianya yg sudah lanjut sedangkan zulaika masih muda lagi.peristiwa yg terjadi benar2 menkutkan dirinya.
Dikalangan masyarakat Mesir, peristiwa itu sudah tdk menjadi rahsia lagi.Dalam setiap perbualan,tiada kisah lain yg dibentangkan tak lain tak bukan kisah isteri Al-Aziz dan Nabi Yusuf.Akhirnya berita itu diketahui oleh zulaika.Hatinya bagai dihirid,dulu namanya disebut2 kerana kecantikannya,kedudukannya dan darjatnya sebagai isteri kpd perdana menteri,tetapi kini ejakan dan hinaan yg amat memalukan sedang menimpanya.
Zulaika menebus rasa malunya itu dengan mengadakan majlis makan malam.Dalam majlis itu hanya disediakan berbagai jenis buah2an
Tetamu yg hadir terdiri daripada isteri2 pembesar dan pemimpin setempat.masing2 diberi sebilah pisau tajam utk memotong buah.
Ketika wanita2 itu sedang sibuk memotong buah.nabi Yusuf dipanggil oleh zulaika utk memperlihatkan dirinya dihadapan wanita2 tersebut.
Wanita2 tesebut semuanya tercengang2 dan kehairanan melihat ketampanan Nabi Yusuf yg bagaikan bulan purnama menerangi kegelapan malam.
Sehingga tidak sedar mereka memotong jari2 mereka ada yg berdarah dan hampir putus jari2 mereka..dan mulut mereka berkata.”sesungguhnya ini sama sekali bukan manusia tetapi adalah malaikat yg mulia!”
Wajah zulaika yg manis melayan tetamu kini bertukar nenjadi merah padam.Dendamnya telah terbalas, setelah ditegur oleh zulaika, smua wanita di situ memandang antara satu sama lain.kini barulah mereka terasa pedihnya luka di jari.Ada yg menjerit kesakitan dan ada yg pengsan.Zulaika menempelak wanita2 yg menghiris jari mereka sendiri krn terpukau pada Nabi Yusuf dengan hanya sekali imbas memandangnya sahaja.
“memang benar aku mencintai Yusuf.aku tergila2 kpd ketampananya.dia telah dibesarkan dihadapan mataku sendiri.aku menyaksikan pertumbuhannya hari demi hari.Dia duduk bersamaku di bawah satu bumbung.aku sentiasa meliahat cahaya dan sinar yg sentiasa terpancar dari wajahnya…memang aku tidak malu mengatakan yg aku sgt cinta padanya dan aku sgt menginginkannya.aku sanggup menjadi hina dan rendah demi mencapai segala yg ku idam2kan…akan tetapi malangnya nasib ku, dia tidak mahu menuruti segala permintaan ku, dan sekarang jika dia masih enggan mentaati apa yg ku perintahkan.akan ku humbankan dia ke dalam penjara, biar dia menjadi org yg hina! “
Wanita2 itu
Nabi Yusuf ternyata tak mudah dipengaruhi.dengan berlindung kpd Allah,Baginda berkata:
“Tuhanku penjara lebih kusukai,daripada memenuhi ajakan mereka kpdku,jauhkan aku dari tipu daya mereka”
Sewaktu Nabi Yusuf dibawa keluar dari pintu istana utk dipenjarakan, Zulaika memerhatikannya dari jauh.Dia merasakan seolah2 sebahagian dari hatinya telah tercabut.Terasa badannya lemah dan tak bermaya..walaupun dialah yg memaksa suaminya utk memenjarakan Nabi Yusuf
Hari demi hari berlalu, rasa sedih, kecewa, kesal,derita, merana dan putus asa mewarnai kehidupan zulaika.Walaupun Nabi yusuf tiada,cintanya pada nabi yusuf tak pernah Padam.Hari2 yg berlalu dirasakan bertahun2.Fikirannya semakin lama semakin kacau.akhirnya zulaika hilang pertimbangan.kekuatan perasaan telah mengatasi akalnya.suaminya hanya dpt menasihati dan berusaha utk menyembuhkan zulaika yg semakin teruk itu.Akhirnya Al-Aziz yg tak dpt lagi menanggung malu itu terpaksa menceraikan zulaika.
Keadaan zulaika tidak terurus lagi.Kecantikan yg dibanggakan dulu kini hilang.Dia duduk di tepi2 jalan sambil tangannya mengira butiran2 pasir dan bibirnya tdk putus2 menyebut nama Nabi Yusuf
Berkat kesabaran Nabi Yusuf menghadapi ujian dan melawan hawa nafsunya,akhirnya Allah memberi penghoramatan padanya di dunia lagi.setelah hampir bertahun2 lamanya dipenjara,raja telah mengeluarkannya.Dia diangkat menjadi menteri krn kepandaiannya
Mentafsir mimpi.
Suatu hari sedang Nabi yusuf berjalan ditepi pasar,dia ternampak seorang perempuan separuh gila yg tdk henti2 menyebut namanya.itulah zulaika.dengan mukjizat yg dikurniakn kpd Nabi Yusuf.Zulaika Berjaya dipulihkan dan akhirnya beriman kpd Allah swt.Allah yg bersifat pemurah lagi amat mengasihani mengembalikan paras rupa zulaika menjadi muda dan cantik semula, lalu berkahwinlah mereka.
Zulaika sudah jauh berubah, Zulaika kini adalah seorang yg taat kpd Allah.setiap masanya dihabiskan utk berbakti kpd Allah.Dia sgt terhutang budi kpd Allah krn masih mahu menyelamatkannya.Setiap detik hatinya merasakan dirinya hamba yg serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dlm semua keadaan…..
Dulu cintanya pada Nabi Yusuf hanyalah berdasarkan nafsu semata2.kini Nabi Yusuf hanyalah alat utk menyampaikan cintanya kpd Allah.Dia lebih suka menyendiri dari manusia bahkan dari Nabi Yusuf sendiri..Masa 24 jam sehari semalam rasanya tidak cukup untuk dia beribadah,bermunajat, bercakap2 dan tenggelam dalam mengingati Allah.Manusia dan dunia baginya tdk member erti lagi sekalipun suaminya.kalau Nabi Yusuf berhajat padanya di siang hari dengan lembut dia akan menangguhkan sehingga ke malam.Tetapi apabila Nabi Yusuf mengajaknya pada waktu malam dia akan menangguhnya sampai ke pagi.
Dia tdk bermaksud menderhakai suaminya.Hatinya telah tawar pada keinginan nafsu syahwat.Dia berkata kpd nabi Yusuf “wahai suamiku, sebenarnya aku telah menyintaimu sebelum aku mengenal Dia.Tapi setelah aku mengenal-Nya, kecintaan kpd Nya tidak memberi tempat selainNya.Aku tidak menginginkannya selainNya.”
Sampai satu keadaan, Nabi Yusuf menarik baju zulaika yg asyik duduk disejadah supaya memenuhi hajatNya.Inilah qisas yg Allah tunjukkan, dulu Zulaika menarik baju Nabi Yusuf kini keadaan telah terbalik
Begitulah nafsu kalau belum mengenal Tuhannya dia sanggup berbuat apa saja.Tetapi bila nafsu telah mengenal Tuhannya ketika itu tidak ada yg lain selainNya.Tuntutan nafsu akan dilepaskan sesuai menurut syariat
Nabi Yusuf memujuk zulaika supaya menyedari tanggungjawab sebagai isteri,antara lain katanya:
“Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan aku dengan perbuatan itu dan mengkhabarkan padaku bahawa Dia akan mengeluarkan dari mu dua org putera serta dia akan memjadikan keduanya Nabi dari keturunan ku.”
Mendengarkan itu zulaika sedih dan hiba,dengan nada yg sayu dan hiba dia berkata: “Kalau Allah memerintahkan engkau dengan itu dan menjadikan aku sebagai jalan perantaraanNya,maka itu juga satu perbuatan taat kpd Allah.maka sebagai isteri aku taat dan patuh kepadamu.
Ketika itu kehidupan mereka menjadi tenang semula,setelah masing2 tahu tanggungjawab sendiri.Hasil pergaulan suami isteri yg soleh dan solehah itu,Allah kurnikan mereka anak2 penyambung perjuangan mereka bagi meneruskan perjuangan memerdekakan umat dari belenggu nafsu dan syaitan….